Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Apple diarah bayar RM2.59 bilion

9:16am 05/02/2016 Pak Roshan 10 views Global

apple

New York: Apple Inc perlu membayar lebih AS$625 juta (RM2.59 bilion) kepada VirnetX Holding Corp kerana menggunakan teknologi keselamatan Internet yang dipatenkan tanpa kebenaran dalam FaceTime dan iMessage.

Juri Persekutuan di Tyler, Texas, membuat keputusan itu hari ini selepas perbicaraan bermula pada 25 Januari lalu dan memutuskan pelanggaran hak paten oleh Apple itu disengajakan.

Keputusan itu dikatakan tidak memberi ancaman kepada Apple yang dilaporkan pada Januari lalu, mempunyai kecairan tunai AS$ 216 bilion (RM895.17 bilion) namun jumlah yang perlu dibayar itu amat tinggi untuk kes membabitkan paten.

Apple dalam kenyataannya memberitahu akan membuat rayuan serta berkata: “Kami terkejut dan kecewa dengan keputusan itu.

“Kes-kes seperti ini mengukuhkan fakta keperluan yang mendesak untuk pembaharuan prosedur paten.”

VirnetX, syarikat berpangkalan di Nevada, Amerika Syarikat, yang kebanyakan pendapatannya hasil pelesenan paten, menyaman pembuat iPhone itu pada 2010 kerana Apple menggunakan rangkaian persendirian maya dan pautan komunikasi dalam sidang video FaceTime.

Pada November 2012, juri yang memutuskan Apple menyalah guna empat paten VirnetX untuk iPhone, iPod Touch dan iPad serta komputer Mac mengarahkan Apple membayar ganti rugi AS$368.2mil (RM1.526 bilion)

Pada Mei 2010, VirnetX memenangi penyelesaian sebanyak AS$200 juta (RM828.86 juta) daripada Microsoft Corp untuk teknologi VPN. – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan