Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

APMM tidak nafikan terdapat dalang di sebalik kegiatan menjalankan aktiviti mengebom ikan

Zubil (tengah) menunjukkan bom ikan yang ditemui dalam bot berkenaan.

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim  Malaysia (APMM) tidak menafikan terdapat dalang di sebalik kegiatan menjalankan aktiviti mengebom ikan di sekitar perairan negeri ini.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Muda Maritim Dato’ Mohd Zubil Bin  Mat Som berkata, perkara itu adalah berdasarkan tangkapan-tangkapan sebelum ini yang banyak melibatkan individu yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Pihak APMM akan menyiasat perkara ini dan akan memastikan individu yang ditangkap kerana melakukan kesalahan ini akan dikenakan tindakan yang sewajarnya agar menjadi pengajaran kepada yang lain,”katanya.

Sementara itu, beliau turut menyatakan, pihak APMM telah berjaya menangkap lima pam bot yang tidak mempunyai nombor pendaftaran di Pulau Mantanani Kecil, awal pagi tadi.

Menurut Zubil, ketika menjalankan OP KHAS bersama antara pasukan risik APMM dan unit Bot Pengawal 38, pihak APMM  telah memeriksa lima buah pam bot dalam keadaan mencurigakan yang sedang bertambat di Jeti Mari-Mari Pulau Mantanani Kecil pada jam Iebih kurang 2.30 pagi.

”Hasil pemeriksaan mendapati kesemua pam bot tidak memiliki nombor pendaftaran dan terdapat tujuh orang awak-awak dalam Iingkungan umur 18 hingga 48 tahun serta  tidak mempunyai pengenalan diri dan pihak APMM juga mendapati semua pam bot memiliki peralatan yang dipercayai bahan letupan untuk kegunaan aktiviti mengebom ikan.”

“Kelima-Iima pam bot dan tujuh awak-awak yang berumur di antara 18 tahun hingga 45 tahun ditahan dan diiringi masuk ke Jeti  Maritim untuk siasatan lanjut.

“Pihak APMM juga percaya bahawa ketika tangkapan itu dilakukan, kesemua individu berkenaan sedang menunggu pembeli atau individu yang bertanggungjawab untuk menjual hasil tangkapan mereka,”katanya ketika sidang media Pejabat Wilayah Maritim Sabah dan Labuan, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 26 (1)(c) Akta Perikanan 1985 yang memperuntukan denda sebanyak RM20,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 kerana memiliki peralatan Ietupan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000.00 atau kedua-duanya sekali.

Tambah beliau, kes ini juga akan disiasat di bawah seksyen 6 (1) (c) Akta lmigresen 1959/63 yang memperuntukkan denda tidak Iebih RM10,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

APMM memandang serius aktiviti mengebom ikan kerana ia bukan sahaja menjejaskan ekosistem didasar Iautan yang merosakkan habitat marin dan seterusnya menjejaskan aktiviti perlancongan di sekitar kawasan tersebut ekoran kerosakan karangan laut.

Semua masyarakat diminta agar melaporkan kepada pihak APMM sekiranya terdapat aktiviti yang mencurigakan di laut atau menghadapi sebarang masalah dilaut dengan menghubungi Bilik Operasi APMM Wilayah Sabah Dan Labuan (088~ 270 165) atau MERS 999./SayangSabah

Antara bom ikan daripada 50 yang dirampas dalam operasi berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan