Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

APMM Terus Mantapkan Strategi Kawalan Keselamatan, Pematuhan Undang-undang Di Zon Maritim

5:40pm 25/05/2016 Pak Roshan 66 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

apmm

SANDAKAN : Agensi Penguatkuasaa Maritim Malaysia (APMM) akan terus memantapkan strategi kawalan keselamatan bagi memastikan pematuhan undang-udang persekutuan dan antarabangsa di zon maritim.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata pelbagai usaha telah dilaksanakan agensi itu dalam memenuhi hasrat menjadikan kawasan maritim negara ini bebas daripada ancaman anasir luar atau pencerobohan.

Katanya, antara pendekatan strategik yang diamalkan ialah membangun, mengurus dan mengekal tenaga kerja yang berkualiti serta memperluaskan persefahaman dan jalinan kerjasama dengan agensi lain.

“Pada masa sama, tidak kurang pentingnya adalah jalinan kerjasama dengan masyarakat komuniti maritim,” katanya pada Program Sahabat Maritim yang dirasmikan Anggota Dewan Undangan Negeru Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman di Kampung Tanjong Aru dekat sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengarah Daerah Maritim Sandakan Kapten Maritim A. Razak Abd Rahman.

Mohd Zubil berkata biarpun terdapatnya cabaran dan insiden yang tidak diingini berlaku, agensi itu tidak akan putus asa bagi memastikan kedaulatan zon perairan negara sentiasa aman dan terkawal daripada sebarang ancaman.

Katanya APMM juga bertanggungjawab untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda di laut sekiranya di landa musibah.

Beliau berkata agensi itu juga komited untuk melaksanakan tanggungjawab sosial khidmat masyarakat menjurus kepada mendekatkan diri kepada rakyat.

Menurutnya secara tidak langsung, menerusi pendekatan itu membolehkan APMM bertemu sendiri dengan masyarakat untuk berkongsi maklumat dan melihat setiap permasalahan di lapangan.

Mohd Zubil berkata program sahabat maritim merupakan program yang berbentuk khidmat komuniti dan dilaksanakan di seluruh daerah maritim pada setiap tahun.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan