Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

APMM Tambah Aset Perkukuh Kawalan Operasi ESSCom

apmm

LABUAN, 23 Julai (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan menambah tiga kapal dan sebuah pesawat bagi memperkukuh kawalan dan penguatkuasaan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Timbalan Ketua Pengarah Operasinya Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata penambahan aset itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan agensi itu bagi memastikan keselamatan di kawasan perairan pantai timur Sabah terus terpelihara.

Katanya setakat ini, 14 aset termasuk kapal dan bot milik APMM telah diletakkan di kawasan pengawasan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) untuk melaksanakan aktiviti rondaan dan operasi.

Sementara itu, Ahmad Puzi berkata bahawa tanggungjawab menjaga keselamatan di Esszone tidak boleh diletak di atas bahu anggota keselamatan semata-mata sebaliknya semua pihak terutama masyarakat setempat perlu memainkan peranan dengan menyalurkan maklumat tepat dan pantas kepada pihak keselamatan.

“Nelayan dan komuniti maritim boleh menyalurkan maklumat kepada pihak keselamatan sekiranya mengetahui sebarang aktiviti jenayah mahupun penyeludupan yang berlaku dipersekitaran mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kapal ‘Pemanggil’ iaitu milik APMM yang tidak digunakan lagi kepada Jabatan Taman Laut Malaysia di sini pada Selasa.

Turut hadir Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Wan Affandi Wan Ahmad.

Komen


Berita Berkaitan