Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

APMM Tambah Aset Jamin Tingkat Keselamatan Di Esszone

apmm

SANDAKAN– Penambahan sebuah kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Daerah Maritim Sandakan (DM17) diyakini dapat meningkatkan tahap keselamatan di Sandakan yang merupakan satu daripada daerah Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Ketua APMM DM17 Kapten Maritim A.Razak Abd Rahman berkata Kapal Maritim (KM) Merlin yang menempatkan 30 anggota akan membantu operasi di daerah ini bagi menangkis pelbagai ancaman dari luar khususnya pencerobohan.

“Penambahan aset tersebut sebagai memenuhi permintaan agensi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) untuk memastikan kawasan EssZone sentiasa berada dalam keadaan selamat dan terkawal.

“Dengan penambahan aset serta anggota pasukan keselamatan di kawasan Esszone ini, kita yakin keselamatan semakin terjamin,” katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan KM Merlin di pangkalan Sri Sandakan di sini, Khamis malam.

KM Merlin dan sebuah lagi kapal iaitu KM Tegas dari Semenanjung Malaysia tiba di sini kira-kira pukul 5 petang semalam.

A. Razak berkata KM Merlin akan memulakan operasi esok sementara KM Tegas akan memulakan operasi di Tawau Jumaat.

Menurutnya, DM17 kini memiliki 10 buah kapal termasuk KM Merlin, manakala dua buah kapal sedang dibaiki dan sebuah lagi sedang direhatkan.

Pegawai Memerintah KM Merlin Leftenan Komander Muhamad Rosli Kassim berkata KM Merlin sebelum ini hanya tertumpu kepada latihan dan membantu operasi sejak tahun 2006 di perairan Semenanjung Malaysia.

Komen


Berita Berkaitan