Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,761

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

APMM Tahan Tujuh Kru Bot Langgar Syarat Sah Tangkap Ikan

6:17pm 06/01/2016 Pak Roshan 43 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

KOTA KINABALU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu menahan tujuh kru dalam sebuah bot nelayan tempatan yang dipercayai melanggar syarat sah menangkap ikan di perairan Telok Ambong, Kota Belud, Selasa malam.

Ketua Penguatkuasa APMM Kota Kinabalu Adam Aziz berkata kru warga Indonesia yang berumur 24 hingga 34 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7.30 malam kerana menangkap ikan kurang daripada tiga batu nautika di perairan berkenaan.

“APMM juga merampas hasil tangkapan mereka iaitu ikan pelbagai jenis seberat kira-kira 500 kilogram,” katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.

Adam berkata kru serta bot berkenaan ditahan di Jeti APMM Teluk Sepanggar untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985.

Beliau berharap komuniti nelayan akan menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa khususnya APMM untuk mencegah dan membanteras jenayah-jenayah di perairan Malaysia khususnya di negeri ini.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan