Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

APMM Tahan Sembilan Pati Di Semporna

gambar hiasan
gambar hiasan

SEMPORNA : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan mematahkan cubaan dua bot pam memasuki daerah ini di perairan Bohey Dulang hari ini.

Pengarah Maritim Semporna, Leftenan Komander Maritim Kama Azri Kamil berkata pihaknya menahan bot dinaiki PATI terbabit pada 1.45 pagi selepas menerima maklumat daripada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

“Anggota APMM yang membuat pemeriksaan ke atas sembilan lelaki berusia 22 hingga 27 tahun itu mendapati mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua PATI itu disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63. dan dua bot itu ditahan di jeti Kem Azumi.

Dalam pada itu, Kama Azri menasihatkan semua penduduk tempatan daerah ini supaya mematuhi setiap garis panduan sekiranya masuk atau keluar melalui perairan negara khususnya di Semporna.

Beliau juga berharap orang ramai meningkatkan kerjasaama dengan pasukan keselamatan dengan menyalurkan sebarang maklumat yang menyalahi undang-undang melalui talian MERS 999 atau Pusat Operasi DM18 di talian 089-750116.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan