Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

APMM Tahan Sebuah Bot Jongkong, Tujuh Penumpang Keluar Tanpa Kebenaran

8:31am 28/04/2016 Pak Roshan 334 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

TAWAU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menahan sebuah bot jongkong dan tujuh penumpang termasuk seorang juragan kerana keluar dari Malaysia tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Pengarah Maritim Tawau Kapten Maritim Anor Jaafar berkata anggota APMM yang melakukan tugas rondaan terserempak dengan bot jongkong tempatan berkenaan di Sungai Melayu, Pulau Sebatik dalam keadaan mencurigakan sekitar pukul 9.45 pagi tadi.

Katanya bot itu dipercayai dalam perjalanan ke Sungai Pancang, Indonesia.

“Pemeriksaan awal mendapati penumpang dalam bot itu masing-masing terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita warga Indonesia, sementara dua lelaki dan dua perempuan adalah warga Malaysia yang berumur antara 49 hingga 70 tahun.

“Mereka menunjukkan pasport yang tidak mempunyai cop pengesahan keluar dari Tawau daripada Jabatan Imigresen dan rakyat Malaysia tiada pasport untuk keluar negara,” katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Beliau berkata juragan dan semua penumpang dibawa ke jeti Maritim Malaysia Tawau untuk disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan