Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

APMM Tahan Lelaki Cuba Seludup Ubat Haram Ke Tawau

TAWAU, 7 Dis –  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 18 Tawau menahan seorang lelaki di perairan pelabuhan Tawau selepas cuba menyeludup masuk pelbagai produk ubat-ubatan dari negara jiran, malam tadi.

Pegawai Memerintah Kapal Maritim Balung, Leftenan Komander Maritim Nik Mohd Izwan Farid Md Daud berkata bot peronda APMM yang menjalankan tugas rondaan di sekitar kawasan itu menahan bot fiber dan juragan berusia 30 tahun kira-kira 11.30 malam selepas menerima maklumat risikan.

“Pemeriksaan lanjut ke atas bot itu menemukan muatan tujuh bungkusan berisi ubat-ubatan yang tiada sebarang dokumen kelulusan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dipercayai diseludup dari Sungai Haji Kuning, Pulau Sebatik untuk pasaran tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Izwan berkata, bot fiber dan muatan ubat-ubatan bernilai RM50,000 serta juragan diiring ke jeti APMM Tawau untuk siasatan lanjut kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Racun 1952.

Dalam pada itu, beliau turut meminta kerjasama semua pihak supaya menyalurkan maklumat lengkap kepada APMM jika terdapat sebarang aduan, kecemasan dan aktiviti jenayah di laut dengan menghubungi talian 24 jam MERS 999 atau pusat operasi APMM Tawau di talian 089-752115.

–BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan