Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

APMM Tahan Juragan Tempatan Cuba Seludup Masuk Kain Batik Dari Indonesia

Gambar Hiasan

TAWAU, 7 April : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) DM 18 Tawau hari ini menahan seorang juragan tempatan di perairan Tawau selepas cuba menyeludup masuk kain batik dan produk kecantikan dari Indonesia.

Pengarah Maritim Daerah, Kapten Romli Mustafa berkata hasil risikan awal membawa kepada penahanan sebuah bot jenis fiber pada kira-kira 4.13 pagi tadi yang disyaki digunakan untuk kegiatan menyeludup masuk kain batik dan losyen yang dianggarkan bernilai RM23,520.

“Juragan itu bertindak cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota maritim, tetapi selepas lebih kurang 10 minit bot tersebut berjaya dipintas oleh bot peronda maritim.

“Pemerikasaan selanjutnya mendapati suspek berusia 20 tahun itu membawa muatan kain batik berjumlah 1200 helai serta 240 botol losyen tanpa dokumen sah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya kesemua barang yang dirampas itu disyaki diseludup dari Pulau Sebatik Indonesia untuk pasaran di Tawau.

Beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan penyeludupan untuk menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Tawau di talian 089-752115.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan