Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

APMM Tahan Feri Bawa Penumpang Berlebihan Di Tawau

apmm

TAWAU: Sebuah feri penumpang yang beroperasi dari Tawau ke Nunukan, Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasa Maritin Malaysia (APMM) Tawau semalam kerana membawa penumpang berlebihan.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Tawau Kepten Anor Jaafar berkata Feri MV Labuan Express Lima dikesan melakukan kesalahan itu dalam perjalanan ke Nunukan pada 11.50 pagi.

“Feri itu didapati membawa seramai 201 penumpang, melebihi jumlah yang dibenarkan iaitu 106 orang ketika dalam perjalanan dari Jeti Pelancongan Tawau ke Nunukan.

“Feri berkenaan telah ditunda dan kesemua penumpang dibawa ke jeti APMM Tawau untuk tindakan lanjut. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 236 (1) Ordinan Kapal-Kapal Dagang 1952 kerana membawa penumpang berlebihan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan terhadap feri itu mendapati kesemua penumpang merupakan warga Indonesia.

Seramai 38 daripada mereka tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah manakala 55 orang lagi memiliki pasport sah tetapi tiada pengesahan daripada Jabatan Imigresen untuk keluar dari Malaysia, katanya.

Sementara itu, Anor mengingatkan agar pengusaha feri supaya mematuhi peraturan sedia ada dan tidak membawa penumpang melebihi had muatan.

“Tindakan membawa muatan yang berlebihan mengundang risiko kemalangan di laut. APMM sangat memandang serius perkara ini,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan