Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,752

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

APMM Tahan Empat Bot Jongkong Bawa 85 Tan Buah Kelapa Sawit Ke Tawau

3:32pm 23/02/2016 Pak Roshan 204 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
Buah Kelapa Sawit  yang di atas bot jongkong yang ditahan Maritim Malaysia Tawau pagi tadi.

Buah Kelapa Sawit yang di atas bot jongkong yang ditahan Maritim Malaysia Tawau pagi tadi.

TAWAU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menahan empat bot jongkong yang membawa masuk 85 tan buah kelapa sawit ke sini dipercayai secara tidak sah.

Pengarah Maritim Daerah Tawau, Kepten Maritim Anor Jaafar berkata buah kelapa sawit dianggarkan bernilai RM34,000 itu disyaki dibawa masuk ke daerah ini dari negara jiran.

Katanya anggota APMM yang melakukan tugasan harian terserempak dengan bot jongkong berkenaan di kawasan perairan Tawau dalam keadaan mencurigakan sekitar pukul 5.10 pagi semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati empat juragan berusia dalam lingkungan 18 hingga 31 tahun berada dalam bot yang berasingan. Mereka terdiri daripada tiga penduduk tempatan dan seorang warganegara Indonesia,” katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Kesemua juragan dan bot jongkong ditahan dan dibawa ke jeti APMM untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kastam 1967 kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen yang membolehkan buah kelapa sawit itu dibawa masuk ke negara ini.

Katanya, berdasarkan aduan yang diterima daripada orang awam, pihaknya akan terus meningkatkan operasi bagi membanteras aktiviti penyeludupan bahan komoditi itu.

Sementara itu, Anor berharap pihak penguatkuasa yang terbabit dapat bekerjasama serta mengalu-alukan penduduk tempatan untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dengan menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi DM18 di talian 089-750116.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan