Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,504

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

APMM tahan dua lelaki, rampas 14 tong berisi petrol

4:37pm 11/06/2014 Pak Roshan 74 views Tawau

maritim

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua lelaki dan merampas 14 tong berisi minyak petrol bernilai RM735, dan sebuah bot pam baru-baru ini di kawasan perairan Pulau Mataking, Semporna.

Pengarah Operasi Daerah Maritim Tawau, Komander Maritim Azman Samsudin dalam satu kenyataan berkata, APMM menahan sebuah bot pam berkenaan kira-kira jam 6 petang pada hari kejadian.

Menurutnya, bot peronda Pasukan Tindakan Khas (PTK) APMM yang menjalankan rondaan di sektor pengawasan telah mengesan dan menahan bot mencurigakan itu yang bergerak menuju ke sempadan Filipina.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang juragan dan seorang awak- awak berumur 30 dan 36 tahun itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.

“APMM mengesyaki awak- awak tersebut melakukan penyeludupan berdasarkan muatan tong minyak petrol di dalam bot tersebut yang tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran untuk membawa minyak tersebut,’’katanya.

Kesemua yang ditahan katanya, dibawa masuk ke jeti APMM Tawau untuk siasatan lanjut oleh Pegawai Penyiasat APMM di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sehubungan itu katanya, APMM akan terus menjalankan tugas penguatkuasaan bagi membanteras dan menyekat aktiviti penyeludupan yang tertumpu di kawasan Malaysia-Filipina yang boleh memberi kesan terhadap ekonomi dan sosial.

APMM juga turut berharap orang ramai dapat menjadi mata dan telinga supaya kegiatan ini dapat dibenteras dengan sebarang maklumat boleh menghubungi talian Hotline APMM Tawau di talian 089-752115.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan