Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

APMM Tahan Dua Bot Nelayan Guna Tunda Gading

Mohd Zubil (kiri) menunjukkan cengkerang penyu yang dijumpai di dalam bot berkenaan. – Gambar SNT/Ehsan APMM

 

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah berjaya menahan dua buah bot nelayan tempatan yang memiliki rupa bentuk bot Vietnam.

Pengarah Maritim Sabah Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata pihaknya mendapati bot-bot berkenaan melakukan aktiviti penangkapan ikan menggunakan kaedah tunda ganding di perairan Sabah.

“Kita telah menangkap dua buah bot ini lebih kurang jam 1.30 tengah hari kelmarin di 15 batu nautika barat laut pulau Mangalum.

“Bot ini adalah bot nelayan tempatan yang dilesenkan cuma kita perlu buat pengesahan pendaftarannya adakah sah ataupun tidak.

“Semasa kita membuat tangkapan juga, mereka telah melakukan aktiviti menagkap ikan menggunakan tunda ganding yang mana menjadi satu kesalahan walaupun bot nelayan tempatan yang ada lesen,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media Ops Khas di sini hari ini.

Katanya, APMM berjaya menangkap dua buah bot bersama dua tekong dan 25 awak-awak.

Jelasnya, selain itu, melalui penangkapan berkenaan, APMM juga mendapati bot bukan sahaja melakukan aktiviti penangkapan ikan tetapi juga penyu.

“Kita juga akan membawa kes ini ke mahkamah kerana membuat penangkapan penyu di perairan Sabah yang mana ia adalah spesies terancam.

“Dan kes ini, kita akan reman agar mereka disiasat bagi mengesahkan penggunaan tunda ganding ini.

“Seterusnya, kita akan siasat adakah bot nelayan tempatan ini benar-benar berlesen atau ia sekadar diubah suai untuk menyerupai bot tempatan berlesen untuk menjalankan kegiatan menangkap ikan di perairan Sabah,” katanya.-Oleh Alfred Petrus/SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan