Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,809

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

APMM Tahan Bot Nelayan Langgar Syarat Lesen

5:51pm 10/03/2016 Pak Roshan 18 views Jenayah,Mutakhir

 

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu menahan sebuah bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat lesen operasinya, awal pagi ini.

Bot berkenaan ditahan kira-kira pukul 12.45 pagi tadi berhampiran Pulau Gaya selepas disyaki menangkap ikan di kawasan perairan kurang tiga batu nautika dari kawasan pantai.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot itu menggaji awak-awak tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” kata Pengarah Maritim Daerah Kota Kinabalu, Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz dalam kenyataan di sini Khamis.

Katanya kesemua awak-awak serta bot berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perikanan 1985.

Adam turut meminta komuniti maritim supaya menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dengan menyalurkan sebarang maklumat jenayah maritim dan sebarang kejadian bencana di laut kepada APMM.

Mereka boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian 088-387 845 (Bilik Operasi) atau talian MERS 999.

–BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan