Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

APMM tahan bot nelayan dan kapal tangki

apmm nelayan

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu menahan sebuah bot nelayan tempatan dan kapal tangki asing yang disyaki memindahkan 10,000 liter minyak diesel di perairan Kota Kinabalu, kelmarin.

Ketua Penguatkuasa APMM Kota Kinabalu, Kapten Zin Azman Md Yunus, berkata kedua-dua kapal itu ditahan bersama awak-awak kira-kira jam 12.50 pagi selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan.

“Semua awak-awak warga asing dari kapal tangki dan awak-awak dari bot nelayan warga tempatan berumur lingkungan 21 hingga 55 tahun itu kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Zin Azman berkata, hasil pemeriksaan mendapati bot nelayan itu sedang memindahkan minyak yang disimpan di dalam tangki yang sepatutnya tempat meletak ikan dan gagal mengemukakan dokumen yang berkaitan semasa pemeriksaan.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut juga mendapati kapal tangki terbabit berdaftar di Miri, Sarawak.

Kes disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana disyaki melakukan pemindahan minyak secara tidak sah yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000.

 

Komen


Berita Berkaitan