Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,715

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

APMM Tahan Bot Nelayan Asing Ceroboh Perairan Negara Di Sandakan

11:54pm 13/11/2016 Pak Roshan 6 views Jenayah,Mutakhir
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

SANDAKAN : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 17 (DM 17) Sandakan menahan sebuah bot nelayan asing bersama tekong dan dua kru kira-kira tujuh batu nautika dari Pulau Lankayan, dekat sini semalam.

Pengarah Maritim DM 17 Kapt Maritim A. Razak Abd Rahman berkata kapal Maritim Malaysia yang melakukan rondaan Ops Pluto Timur telah memeriksa bot nelayan itu tanpa nombor pendaftaran pada 7.15 pagi.

Katanya hasil pemeriksaan mendapati tekong dan dua kru warganegara Filipina berumur 36 hingga 59 tahun tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan lesen bot juga gagal dipamerkan.

Bot tersebut disyaki cuba melakukan aktiviti perikanan haram berikutan penemuan sebidang pukat dipercayai untuk kegunaan menangkap ikan, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya tiada sebarang hasil laut yang ditemui di atas bot tersebut disebabkan tekong dan kru tidak sempat menurunkan pukat berikutan tindakan pantas anggota Maritim Malaysia menahan mereka dari mencuri khazanah laut di perairan Malaysia.

Beliau berkata bot nelayan tersebut telah diiring masuk ke Jeti DM17 untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan