Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

APMM Tahan Bot Langgar Syarat Sah Lesen Tangkap Ikan Di Pulau Sepanggar

gambar hiasan
gambar hiasan

KOTA KINABALU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu menahan sebuah bot nelayan disyaki melanggar syarat sah lesen menangkap ikan berhampiran Pulau Sepanggar pada Sabtu lepas.

Ketua Penguatkuasa Maritim Kota Kinabalu Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata bot itu ditahan kira-kira pukul 10.15 malam pada tiga batu nautika dari pulau berkenaan.

“Tujuh awak-awak warga Indonesia dalam bot itu yang berusia antara 20 dan 43 tahun turut ditahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Adam berkata bot bersama awak-awak berkenaan dibawa ke Jeti APMM Teluk Sepanggar dan akan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985.

Beliau turut berharap komuniti nelayan dapat menjadi mata dan telinga pihak berkuasa khususnya APMM bagi mencegah dan membanteras jenayah di perairan negara.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan