Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

APMM Tahan Bot Disyaki Guna Bom Ikan

gambar hiasan

 

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menahan sebuah bot nelayan yang disyaki menangkap ikan menggunakan bahan letupan di kawasan perairan Pulau Bohey Dulang, Semporna awal hari ini.

Ketua Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Romli Mustafa berkata ketika melakukan rondaan di kawasan itu kira-kira 1.16 pagi pasukan peronda telah menahan sebuah bot nelayan yang dinaiki tiga lelaki berumur lapan hingga 40 tahun.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan menemui enam botol disyaki bom ikan dan kesemua yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua yang ditahan dan bot berkenaan kemudiannya dibawa masuk ke jeti Kem Azumi, Semporna untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Pada masa sama, Romli berkata aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan adalah salah di sisi undang-undang kerana merosakkan ekosistem laut dan terumbu karang.

“Pihak Maritim Malaysia memandang serius terhadap aktiviti pengeboman ikan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati terlibat dalam aktiviti ini,” katanya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan