Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

APMM Tahan 7 Pati Warga Indonesia Di Perairan Tawau

5:39pm 07/12/2015 Pak Roshan 131 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menahan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia, dalam operasi di sekitar perairan daerah ini semalam.

Ketua Penguatkuasa APMM Tawau Kapten Anor Jaafar berkata kesemua PATI termasuk seorang kanak-kanak berumur empat tahun itu ditahan kira-kira pukul 5.58 petang dalam sebuah bot yang sedang menuju ke perairan Sungai Nyamuk, Indonesia.

“Pemeriksaan mendapati terdapat seorang juragan dan enam awak-awak, iaitu tiga wanita dan empat lelaki termasuk seorang kanak-kanak di atas bot berkenaan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua yang ditahan dipercayai cuba menyusup keluar dari negara ini tanpa sebarang dokumen perjalanan diri yang sah.

Katanya kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke jeti APMM Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan yang sah. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan