Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,765

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

APMM Tahan 6 Pati Di Perairan Sandakan

7:01pm 18/11/2016 Pak Roshan 253 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Sandakan (DM17) menahan enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina dalam dua operasi berasingan di perairan Sandakan, semalam.

Pengarah Maritim DM17 Kapt Maritim A. Razak Abd Rahman dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata dua PATI iaitu tekong berusia 12 tahun dan penumpang bot berumur 21 tahun menaiki sebuah bot jongkong dari Pulau Taganak, Filipina menuju ke Sandakan ditahan pada 12.40 tengah hari berhampiran pulau Nunuyan Laut.

Katanya tekong bot mendakwa baru sahaja selesai menghantar jenazah ke Pulau Taganak selepas botnya dipajak oleh keluarga kepada jenazah itu dan kemudian kembali semula ke Sandakan dengan seorang lelaki warganegara Filipina.

 Menurutnya dalam satu lagi operasi pada pukul 2.05 petang, seorang tekong bersama tiga penumpang, semuanya warganegara Filipina menaiki sebuah bot pancung ditahan di kawasan perairan berhampiran Kampung Tanjung Aru.

Siasatan mendapati, mereka dalam perjalanan menuju ke Pulau Taganak dan kesemuanya terdiri daripada lelaki dewasa berumur antara 28 hingga 59 tahun, katanya.

Beliau berkata kesemua mereka gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah dan kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.

A. Razak berkata pihaknya akan terus meningkatkan kawalan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang maritim bagi memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terjamin.

Beliau meminta komuniti maritim dapat memberi kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah maritim dengan menghubungi Pusat Operasi DM17 di talian 089-229504 atau talian MERS 999. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan