Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

APMM Tahan 5 Pati Di Perairan Semporna

11:35am 02/11/2015 Pak Roshan 273 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menahan lima orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Filipina pada Jumaat lepas, kerana cuba memasuki negara ini secara haram.

Ketua Penguatkuasa APMM Tawau Kapten Anor Jaafar berkata kesemua PATI yang berumur antara 23 hingga 28 tahun itu ditahan dalam sebuah bot pam di perairan Pulau Gaya, Semporna dekat sini.

“Anggota APMM yang sedang menjalankan tugas rondaan di sekitar lokasi berkenaan telah mengesan bot pam yang mencurigakan datang dari arah perairan negara jiran itu menuju ke perairan Semporna kira-kira pukul 11 malam.

“Pemeriksaan mendapati terdapat seorang juragan dan empat awak-awak, iaitu tiga wanita dan dua lelaki di atas bot pam berkenaan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke jeti APMM Semporna untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan yang sah, katanya.

Sementara itu, beliau berkata APMM terus menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan untuk menyekat atau membanteras sebarang kemasukan PATI di negara ini, khususnya di kawasan pantai timur Sabah.

“Sebarang kejadian kecemasan dan aktiviti jenayah maritim semasa berada di laut boleh dilaporkan dengan menghubungi di talian MERS 999 atau menghubungi pejabat operasi Maritim Malaysia Tawau di talian 089-752115,”katanya. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan