Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

APMM tahan 10 warga asing

apmm

PELABUHAN KLANG: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Klang menahan 10 warga asing yang cuba keluar dari negara ini untuk ke Indonesia di perairan Sekinchan, semalam.
Semua mereka ditahan kira-kira jam 1.30 petang selepas sepasukan pegawai dan anggota APMM terserempak dengan sebuah bot tidak berdaftar di perairan berkenaan.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Klang Kapten Mohd Aliyas Hamdan berkata, semua warga asing yang ditahan masing-masing daripada Indonesia, Somalia dan Bangladesh berusia 10 hingga 43 tahun.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut, semua warga asing yang ditahan gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

Katanya, semua yang ditahan dibawa ke ke Pusat Operasi APMM Daerah Maritim Klang untuk siasatan lanjut dan mereka akan disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Komen


Berita Berkaitan