Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

APMM Tahan 10 Orang Palau Di Perairan Inderasabah

pelau
gambar hiasan

TAWAU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menahan 10 orang Palau atau orang laut kerana tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah, semalam.

Timbalan Pengarah Operasi APMM Tawau, Komander Maritim Romli Mustafa berkata kesemua mereka yang berumur antara 18 dan 45 tahun itu ditahan dalam lima bot pam di perairan Inderasabah dekat sini.

“Dalam Operasi Pluto Timur sekitar pukul 5 petang itu, bot APMM telah menghampiri bot pam tersebut dan didapati dalam setiap bot berkenaan ada dua orang iaitu juragan dan awak-awak yang tidak mempunyai dokumen keterangan diri,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kesemua mereka direman untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan yang sah, katanya.

Sementara itu, beliau berkata APMM terus menjalankan tugas penguatkuasaan untuk memastikan komuniti maritim khususnya di perairan daerah itu tidak sewenang-wenangnya dicerobohi.

“Sebarang kejadian kecemasan dan aktiviti jenayah maritim semasa berada di laut boleh dilaporkan dengan menghubungi di talian MERS 999 atau menghubungi pejabat operasi Maritim Malaysia Tawau di talian 089-752115 atau 750116,” katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan