Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

APMM SELAMATKAN TIGA NELAYAN DI PERAIRAN PULAU MENGALUM

nelayan

KOTA KINABALU, 7 Jan : Tiga nelayan tempatan berjaya diselamatkan oleh petugas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu daripada hanyut di perairan Pulau Mengalum selepas bot mereka mengalami kerosakan enjin, awal pagi tadi.

Pengarah Operasi Wilayah Sabah dan Labuan, Kapten Maritim Adam Aziz berkata bot berkenaan dikesan di lokasi 65 batu nautika barat laut dari sini, berdekatan Pulau Mengalum, oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kira-kira 12.10 tengah malam (Selasa).

Katanya pendaftaran bot nelayan berkenaan kemudian disahkan oleh Jabatan Perikanan dan Jabatan Laut Wilayah Sabah.

“APMM dengan kerjasama pihak TLDM berjaya mengesan bot berkenaan yang mengalami kerosakan dan perlu ditunda. Kami turut meminta bantuan daripada pihak Sistem Pengawasan Laut Sabah dan Labuan (SWASLA) untuk memantau bot terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Adam berkata bot berkenaan beserta tiga nelayan yang berumur dalam lingkungan 30-an kemudian berjaya ditunda oleh kapal TLDM, KD Jerung, ke Pelantar Minyak Kebabangan, diiringi oleh bot laju Penggalang 21 APMM.

Bot itu kemudian ditunda ke Teluk Sepanggar kira-kira pukul 1 pagi tadi (Rabu). — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan