Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

APMM Selamatkan 11 Pelancong Terkandas

apmmm

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu berjaya menyelamatkan 11 pelancong yang terkandas kira-kira 10 jam di dalam sebuah bot yang kehabisan minyak di perairan Pulau Mantanani dekat Kota Belud, kira-kira 74km dari sini, hari ini.

Pemangku Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Kota Kinabalu Komander Maritim Mohamad Suharto Mat Said berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6 petang semalam (30 Dis) dan cuba menghubungi pemandu bot terbabit untuk mengetahui kedudukan mereka, tetapi gagal.

Beliau berkata pemandu bot terbabit tidak dapat memastikan kedudukan sebenar bot itu disebabkan cuaca buruk dan laut bergelora.

“Kami juga cuba mencari mereka melalui radar yang dikelola oleh Sistem Awasan Laut Sabah milik APMM tetapi masih gagal mengesan kedudukan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Susulan itu, Mohamad Suharto berkata sepasukan anggota APMM dikerahkan untuk mencari bot tersebut dan berjaya menemui bot serta penumpang terbabit pada pukul 4.08 pagi kira-kira 3 batu nautika barat laut Tanjung Pangitan, Kota Belud.

Kesemua mangsa dibawa ke Kota Kinabalu dan tiba di jeti Jesselton Point di sini kira-kira pukul 7 pagi, katanya.

Menurutnya mangsa dewasa berumur lingkungan 30-an bersama tiga kanak-kanak berumur antara tiga hingga lima tahun menaiki bot tersebut untuk ke sebuah pusat pelancongan di Pulau Mantanani.

Mohamad Suharto turut mengingatkan pengusaha bot supaya lebih peka terhadap cuaca dan keadaan laut serta keadaan bot sebelum membawa pelancong ke mana-mana destinasi bagi menjamin keselamatan pelancong. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan