Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

APMM Selamat Lima Mangsa Bot Karam Di Perairan Semporna

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

TAWAU, 2 Ogos (Bernama) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau berjaya menyelamatkan lima penumpang sebuah bot persendirian yang karam di perairan selatan Bohey Dulang Semporna, dekat sini hari Ahad.

Ketua Penguatkuasa APMM Tawau Kapten Anor Jaafar berkata pihaknya menerima maklumat daripada Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengenai kejadian bot karam itu pukul 10.40 pagi. “Bot peronda APMM kemudian diarahkan ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi kejadian pada jam lebih kurang 10.50 pagi, pasukan peronda berjaya menemui dan menyelamatkan lima mangsa warga tempatan iaitu empat lelaki dan seorang wanita berumur di antara tujuh dan 30 tahun,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau berkata tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dan cuaca buruk serta keadaan laut bergelora menyebabkan bot berkenaan terbalik sebelum karam. Katanya kesemua mangsa telah dibawa ke jeti Semporna untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Anor berkata pihaknya sentiasa bersedia memberikan bantuan keselamatan dan kecemasan pada bila-bila masa khususnya kepada komuniti maritim.

Beliau turut menasihatkan komuniti maritim sentiasa mengutamakan keselamatan semasa berada di laut dan melaporkan segera kepada APMM sekiranya berhadapan dengan masalah di laut dengan menghubungi talian MERS 999 atau 089- 750115. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan