Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

APMM Rancang Bina Lebih Banyak Radar Perkukuh Pemantauan Di Perairan Sabah

apmm3

LABUAN, 22 Julai (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merancang membina lebih banyak sistem radar pengesanan jarak jauh (RSS) bagi memperkukuh sistem pemantauan keselamatan di kawasan perairan pantai timur Sabah.

Timbalan Ketua Pengarah Operasinya, Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata pembinaan kemudahan itu akan dilaksana secara berperingkat kerana tertakluk kepada peruntukan kewangan kerajaan.

“Pembinaan radar ini juga bergantung kepada kelulusan kewangan, dan sekiranya diluluskan, pembinaan sistem radar ini akan merangkumi pemantauan keseluruhan pantai Sabah,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan kapal maritim (KM) Pemanggil APMM yang tidak lagi digunakan agensi itu kepada Jabatan Taman Laut Malaysia yang diwakili Ketua Pengarahnya, Sukarno Wagiman pada Isnin.

Beliau berkata ketika ini, APMM memiliki tiga RSS di Sabah iaitu Pulau Bambangan, Pulau Mantanani dan Pulau Gaya yang beroperasi sejak dua tahun lalu.

Ahmad Puzi berkata RSS merupakan sistem radar yang dilengkapi kamera jarak jauh yang beroperasi pada waktu siang dan malam serta boleh menganggar ukuran objek pada saiz asal selain memiliki radar yang berfungsi dalam sebarang keadaan cuaca.

Katanya, berkata menjelang 2016, tiga lagi radar akan dibina iaitu di Pulau Mangalum, Kuala Penyu dan Pulau Kuraman, Labuan.

Komen


Berita Berkaitan