Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,712

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

APMM Rampas Rokok Seludup RM760,000 Di Luar Pantai Lawas

10:11am 27/04/2016 Pak Roshan 44 views Jenayah,Mutakhir
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

LABUAN : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini menggagalkan cubaan menyeludup rokok melalui bot laju di luar pantai Lawas di Sarawak, Isnin malam.

Sebuah terak Nissan yang dirancang digunakan untuk mengangkut rokok seludup bernilai RM762,105 itu, juga dirampas dalam kejadian pada 9.45 malam itu, yang disifatkan rampasan terbesar rokok setakat ini tahun ini.

Ketua Penguatkuasa APMM Kapten Maritim Che Adnan Md Isa berkata kes itu mencatat rampasan terbesar setakat ini.

“Pasukan kami mengesan bot laju berkenaan bergerak dari perairan Labuan menuju ke Sungai Lawas dan mengikut mereka hingga ke satu jeti haram di Sungai Merapok.

“Beberapa lelaki yang sedang memindahkan sejumlah besar kartun rokok ke sebuah trak kemudian ternampak pasukan APMM lalu terus melarikan diri dengan bot laju bersama-sama pemandu terak itu,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan