Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,789

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

APMM rampas bot, minyak petrol, tepung gandum bernilai RM10,350

9:34am 01/12/2016 Pak Roshan 41 views Berita Pilihan,Jenayah,Mutakhir
TAHAN ... Juragan bersama dua awak-awak ditahan selepas didapati membawa minyak petrol dan tepung gandum tanpa dokumen.

TAHAN … Juragan bersama dua awak-awak ditahan selepas didapati membawa minyak petrol dan tepung gandum tanpa dokumen.

SEMPORNA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini berjaya merampas 150 jerikin berisi 3750 liter minyak petrol dan 90 kilogram tepung gandum yang dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran.

Rampasan itu yang dianggar bernilai RM10,350 telah dilakukan di perairan Kg. Sum-Sum pada Ahad oleh anggota APPM kira-kira jam 3.35 pagi selepas menerima maklumat sebuah bot jongkong dalam keadaan mencurigakan.

Pengarah Maritim Pangkalan Semporna, Leftenan Komander Maritim, Kama Azri Kamil berkata bot peronda APMM yang berada di sekitar lokasi pengawasan telah bertindak mengesan dan berjaya menahan bot itu kira-kira jam 3.40 pagi.

“Pemeriksaan awal terhadap bot itu mendapati terdapat seorang juragan dan dua awak-awak lelaki dewasa berusia 36 hingga 40 tahun dan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat muatan minyak petrol dan tepung gandum dalam bot itu dengan juragan gagal mengemukakan sebarang dokumen sah membawa kesemua barangan itu,”katanya dalam kenyataan.

Kama Azri berkata, juragan dan awak-awak bot itu telah ditahan manakala bot dan enjin bot disita dan telah dibawa ke Kem Azumi, Semporna untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/64 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Dalam pada itu beliau berharap agar semua agensi berkaitan dapat bekerjasama dan mengalu-alukan penduduk tempatan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan yang menyalahi undang-undang.

Katanya, sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi PM9 ditalian 089-782619. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan