Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,712

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

APMM rampas 30 tong gas dari dua lelaki tempatan

7:49pm 11/01/2016 Ann Vivien 27 views Jenayah,Tempatan
Bot nelayan yang ditahan ketika cuba menyeludup keluar tong gas berisi dari negara ini.

Bot nelayan yang ditahan ketika cuba menyeludup keluar tong gas berisi dari negara ini.

TAWAU: Dua lelaki berusia 35 dan 36 tahun, dipercayai warga tempatan ditahan ketika cuba menyeludup keluar sejumlah 30 tong gas berisi dengan menggunakan bot nelayan di kawasan perairan Tawau pada petang Ahad.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, bot peronda Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang menjalankan rondaan di sektor pengawasan berjaya mengesan dan menahan dua buah bot mencurigakan yang sedang bergerak dari Tawau menuju ke Sungai Pukul.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah (KPMD) DM 18 Tawau, Kepten Maritim Anor Jaafar dalam kenyataan media hari ini berkata, pemeriksaan ke atas kedua-dua bot nelayan tersebut mendapati masing-masing membawa muatan 15 tong gas LPG berisi.

“Jumlah keseluruhan yang dirampas adalah sebanyak 30 tong dan dianggarkan bernilai lebih kurang RM5, 400,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua tekong bot ditahan dan dibawa ke jeti APMM Tawau untuk siasatan lanjut oleh pegawai penyiasat APMM di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa muatan tanpa permit.- Oleh Alanna Adam/Sayangsabah

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan