Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

APMM patahkan cubaan seludup minyak

apmm

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Sandakan (DM17) berjaya mematahkan cubaan menyeludup minyak sawit mentah ke negara jiran dengan menggunakan sebuah bot pancung di perairan Sandakan pagi Selasa lepas.

Ketua Penguatkuasaan Maritim Daerah Sandakan Kapten Maritim A Razak Abd Rahman berkata, bot pancung yang berpendaftaran SN 1138/7/C itu ditahan bersama seorang tekong dan seorang awak-awak.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot pancung terbabit membawa lebih kurang 3,000 liter minyak sawit mentah yang diisi di dalam badan bot itu,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut juga mendapati tiada sebarang dokumen untuk membawa minyak sawit mentah itu dapat diberikan.

“Awak-awak yang ditahan itu juga tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri selepas diperiksa,” katanya.

Razak berkata, bot pancung bersama tekong serta awak-awak terbabit kemudiannya dibawa masuk ke jeti untuk siasatan lanjut.

Komen


Berita Berkaitan