Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

APMM MOHON RM250 Juta untuk penyelenggeraan aset

Zubil (kiri) menyerahkan Pedang Kuasa Memerintah kepada Kamaruszaman (kanan) dalam Majlis Serah Tugas Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Gambar SNT/Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan maritim Malaysia (APMM) telah memohon penambahan peruntukan tahunan sebanyak RM250 juta bagi kos penyelenggaraan asetnya.

Permohonan tambahan ini mampu membantu meningkatkan kualiti penugasan menjaga kedaulatan perairan negara, kata Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar.

Zulkifli membuat pemeriksaan kawalan kehormat APMM pada Majlis Tugas Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Gambar SNT/Alfred Petrus

Beliau berkata banyak aset APMM kini memerlukan penyelenggaran yang berterusan bagi memastikan ianya mampu beroperasi dengan lebih baik.

“Kapal-kapal lain di APMM adalah kapal lama yang diserahkan oleh agensi-agensi terdahulu yang melaksanakan tugasan menjaga kedaulatan perairan negara.

“Kapal-kapal ini ada yang uzur dan ada yang telah kita berhentikan operasinya. Begitu juga aset yang memerlukan penyelenggaran berterusan untuk ia beroperasi.

“Sebelum ini, kos penyelengaraan untuk setahun adalah sebanyak RM200 juta. Kita telah membuat permohonan tambahan kepada RM250 juta setahun bagi aset-aset kita,” katanya.

Majlis Serah Tugas Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan oleh Zubil (kiri) kepada Kamaruszaman (kanan) sambil disaksikan oleh Zulkifli. Gambar SNT/Alfred Petrus

Beliau berkata demikian pada majlis Serah Tugas Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di sini hari ini.

Namun, katanya, masih menunggu peruntukan dari kerajaan pusat bagi tujuan tersebut.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, Laksamana Muda Maritim Kamaruszaman Abu Hassan dilantik sebagai Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang baru menggantikan Laksamana Madya Maritim Datuk Zubil Mat Som.

 

Zulkifli berkata, APMM Sabah mempunyai tugas besar dalam menjaga kedaulatan perairannya seluas 84,003 kilometer persegi dan pantai sejauh 1,440 kilometer dari barat ke timur.

Jelasnya, dalam usaha menjaga kedaulatan perairan negara, APMM Sabah telah melaksanakan lebih kurang 10,500 pemeriksaan dengan 245 kes tangkapan.

“Kes-kes ini merangkumi pencerobohan bot nelayan asing, pengeboman ikan secara haram, penyeludupan barang yang terkawal dan penangkapan ikan yang melanggar syarat bagi kes-kes bot nelayan tempatan.

“Bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR), terdapat penurunan sebanyak 27 kes daripada 283 kes tahun lalu,” jelasnya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan