Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

APMM LABUAN TAHAN EMPAT NELAYAN INDONESIA DEKAT PULAU TIGA

apmm labuan

LABUAN, 7 Jan : Empat nelayan Indonesia ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan kerana menangkap ikan secara haram berhampiran perairan Pulau Tiga dekat sini pada Selasa malam.

APMM turut menahan kapal tunda yang digunakan untuk siasatan lanjut. Ketua Penguat kuasa APMM Daerah Labuan Kapten (Maritim) Che Adnan Md Isa berkata penahanan tiga kru berusia 22 dan 23 tahun itu bersama tengkong, 30, dilakukan semasa operasi yang digelar Ops Sejahtera pada kira-kira pukul 7.45 malam.

Katanya mereka didapati menjalankan aktiviti menangkap ikan dalam kawasan perairan kurang daripada tiga batu nautika dari pantai yang merupakan satu kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan kerana melakukan kesalahan di bawah Ordinan Kapal Dagang 1960, menjalankan operasi tanpa lesen.

“Kesemua rakyat Indonesia itu bekerja dengan syarikat perkapalan Malaysia dan mereka telah memberikan kerjasama baik semasa penahanan itu,” katanya.

Che Adnan berkata operasi itu dijalan di sekitar kawasan berkenaan selepas menerima beberapa aduan berlaku pencerobohan haram oleh nelayan tidak berlesen ke dalam kawasan yang dihadkan yang telah merosakkan terumbu karang tiruan.

“Kami telah menunda kapal itu ke jeti APMM di Labuan untuk tindakan lanjut,” katanya.– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan