Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

APMM Labuan Patah Cubaan Seludup Rokok Bernilai RM887,434.72, Rampasan Terbesar Tahun Ini

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

LABUAN : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan mematahkan percubaan untuk menyeludup rokok bernilai 887,434.72, dari pulau bebas cukai di sini ke Lawas, Sarawak malam tadi, rampasan terbesar tahun ini.

Ketua Penguatkuasa APMM Labuan, Kapten Maritim Che Adnan Md Isa berkata, sepasukan penguatkuasa dari pangkalan APMM Labuan, mengesan aktiviti menyalahi undang-undang itu semasa menjalankan rondaan rutin di sekitar perairan Labuan kira-kira 8:20 malam.

“Pasukan peronda kami ternampak sebuah bot, disyaki menjalankan aktiviti penyeludupan dan mereka terus mengekori bot itu selama hampir sejam menuju ke Sungai Merapok di Lawas,” katanya kepada Bernama hari ini.

“Setibanya di tebing Sungai Merapok, beberapa lelaki dilihat memunggah barang seludup dari bot ke sebuah lori Isuzu yang sedang menunggu. Bagaimanapun mereka melarikan diri dengan bot setelah didekati oleh pasukan kami,” katanya.

Che Adnan berkata lori itu juga dirampas dan barang seludup akan diserahkan kepada kastam untuk tindakan lanjut.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan