Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

APMM Labuan Patah Cubaan Seludup Rokok, Arak Bernilai RM500,000

9:04pm 18/06/2016 Pak Roshan 146 views Jenayah,Mutakhir

apmm

LABUAN : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) (MMEA) Labuan menggagalkan satu cubaan menyeludup rokok dan minuman beralkohol bernilai hampir RM500,000 dari pulau bebas cukai ini ke Sarawak malam tadi.

Sebuah trak Isuzu bernilai hampir RM100,000 yang disyaki dirancang untuk digunakan bagi mengangkut rokok jenama CANYON dan minuman keras jenama BINTANG BEER itu juga dirampas.

Pengarah APMM Labuan Kapt Maritim Che Adnan Md Isa percaya rampasan itu mungkin yang terbesar setakat ini pada tahun ini.

Katanya, ketika sebuah bot APMM melakukan rondaan biasa di perairan Labuan pada kira-kira 9.50 malam, anggotanya mengesan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan sedang menuju ke arah perairan Lawas.

“Berikutan itu, pasukan peronda kami mengekori bot itu selama hampir sejam dan memerhati mereka dari jarak jauh, sebelum bertindak apabila bot berkenaan berlabuh di tebing Sungai Bukit Sari bagi memunggah barangan seludup itu beberapa minit sebelum 11 malam.

“Menyedari kehadiran pasukan kami, penyeludup melarikan diri dengan bot mereka, meninggalkan barangan seludup itu berhampiran jeti dan trak berkenaan,” katanya kepada Bernama.

Che Adnan berkata barangan seludup itu mungkin untuk diedarkan di Lawas dan kawasan sekitarnya menjelang Aidilfitri.

“Kami akan serah barangan seludup ini kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” kata beliau.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan