Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

APMM Labuan Musnah Rokok Dan Minuman Keras Seludup Bernilai Rm70,000

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

LABUAN, 11 Mac : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan hari ini memusnahkan rokok dan minuman keras pelbagai jenama yang diseludup bernilai RM700,000.

Sebanyak 310 kotak rokok dan 135 kotak minuman keras pelbagai jenama itu ialah antara barangan yang dirampas daripada kapal kargo New Prime Line dekat perairan Pulau Rusukan Besar, Mei tahun lepas.

Ketua Penguat Kuasa Maritim APMM, Kapten Maritim Che Adnan Md. Isa berkata rampasan itu ialah kejayaan terbesar APMM Labuan tahun lepas.

“Kami melupuskan barang-barang seludup itu hari ini selepas mendapat kebenaran daripada Mahkamah Majistret pada 18 Dis tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata nilai rampasan keseluruhan termasuk kapal kargo itu dianggarkan RM2.8 juta dan kapal itu akan ditenggelamkan sebagai tukun tiruan.

“Tujuh anak kapal dengan lima daripada mereka ialah warga Myanmar didapati sedang memunggah barang-barang seludup itu ke dalam sebuah bot laju ketika dipintas oleh pasukan APMM dalam Ops Sejahtera,” katanya.

Beliau berkata rokok jenama ‘Era’, antara barangan yang dilupuskan, merupakan barang yang sering diseludup kerana permintaannya yang tinggi di Sabah dan Sarawak.

Che Adnan berkata APMM telah mengesan beberapa laluan penyeludup antara perairan Labuan dan Sarawak, yang sering digunakan untuk kegiatan penyeludupan rokok.

“Kami mahu orang ramai dan nelayan tempatan unntuk terus menjadi ‘mata dan telinga’ bagi memantau sebarang kegiatan jenayah rentas sempadan terutama penyeludupan.

“Mereka boleh melaporkannya terus kepada Pusat Panggilan Kecemasan Malaysia (MERS) APMM,” kata beliau. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan