Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,758

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

APMM Labuan Lupus Minuman Keras Seludup Tiga Tahun Lalu

8:58am 25/11/2016 Pak Roshan 4 views Mutakhir,Tempatan,WP. Labuan
Minuman keras pelbagai jenama merupakan antara barangan yang dirampas daripada Feri Lim Pertama yang dilupuskan.

Minuman keras pelbagai jenama merupakan antara barangan yang dirampas daripada Feri Lim Pertama yang dilupuskan.

LABUAN : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan melupuskan minuman keras seludup pelbagai jenama bernilai RM13,500 di Tapak Pelupusan Bukit Kalam, Labuan semalam.

Minuman keras pelbagai jenama berkenaan merupakan antara barangan yang dirampas daripada Feri Lim Pertama yang ditahan di perairan Teluk Brunei tiga tahun lalu.

Pengarah Maritim Daerah Labuan, Kapten Maritim Che Adnan Md Isa berkata semua minuman keras itu dilupuskan setelah mendapat kebenaran Mahkamah Majistret 25 Ogos lalu manakala feri terlibat pula dalam proses lelongan.

Feri itu yang dinaiki empat kru terdiri daripada tiga warganegara Malaysia dan seorang warganegara Indonesia yang membawa minuman keras dipercayai dalam perjalanan dari Labuan menuju ke Limbang, Sarawak, dan ditahan Bot Ronda APMM Labuan dalam Operasi Sejahtera di perairan Teluk Brunei pada masa itu.

Che Adnan berkata kerjasama orang ramai adalah perlu dalam melaporkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang maritim di perairan negara ini khususnya di perairan Labuan.

Sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan di talian 24 jam MERS 999 dan Pusat Operasi Ibu Pejabat Daerah Maritim Labuan di talian 087-427999.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan