Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

APMM Labuan Hantar Pesakit Ke Sabah Jalani Pembedahan Kecemasan

bot

LABUAN : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan melakukan misi ihsan menghantar seorang pesakit wanita dari sini menjalani pembedahan kecemasan di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu pada Ahad malam.

Pesakit berusia 42 tahun itu dibawa dengan pengusung ke dalam sebuah bot berkuasa tinggi pada kira-kira 9.45 malam untuk dihantar ke Menumbok, Sabah sebelum ambulans dari Hospital Kuala Penyu menghantarnya ke hospital itu.

“APMM Labuan menerima panggilan kecemasan daripada Labuan Nucleus Hospital pada 6.10 petang dan segera memberi maklum balas. Wanita itu diiringi seorang pegawai perubatan dan anggota keluarganya,” kata ketua penguatkuasaan APMM Labuan Kapt Che Adnan Md Isa.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan