Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

APMM Labuan Gagalkan Cubaan Seludup Alkohol & Rokok

3:42pm 11/11/2015 Pak Roshan 168 views Mutakhir,Tempatan,WP. Labuan
gambar hiasan

gambar hiasan

LABUAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan telah berjaya menggagalkan percubaan menyeludup masuk 328 kotak minuman beralkohol dan 40 karton rokok yang dianggarkan bernilai RM321,141.98 di pesisir pantai Lawas pada Isnin.

Ketua penguatkuasa maritim APMM Labuan Kapten Che Adnan Md Isa berkata ia merupakan rampasan terbesar agensi itu di sini pada tahun ini.

“Unit peronda kami sedang melakukan rondaan di perairan Labuan dan berhampiran pesisir pantai Sarawak pada kira-kira pukul 8.20 malam apabila
terserempak dengan lori yang meragukan diletakkan berhampiran tebing Sungai Merapok, Lawas dan mendapati barang-barang seludup di dalamnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan