Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

APMM LABUAN BANTERAS AKTIVITI SELUDUP ROKOK, ARAK DI PERAIRAN

apmm

LABUAN : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan akan mengambil tindakan tegas terhadap aktiviti haram di perairan di sini, khususnya bagi membanteras penyeludupan rokok dan minuman keras.

Ketua Penguatkuasa APMM Labuan Kapten Maritim Che Adnan Md Isa berkata kerugian besar dalam hasil pendapatan negara telah mendorong beberapa agensi penguatkuasaan, khususnya APMM untuk bertegas dan melumpuhkan kegiatan itu.

Beliau berkata APMM mengesan beberapa laluan antara perairan Labuan dan Sarawak, sering digunakan untuk menyeludup rokok dan minuman keras.

“Kami telah meningkatkan usaha untuk menangani kes-kes seperti ini dan kami berharap nelayan tempatan terus menjadi ‘mata dan telinga’ untuk menyebarkan maklumat mengenai sebarang aktiviti haram,” katanya.

Che Adnan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Jabatan Kastam baru-baru ini, bahawa kerugian hasil akibat penyeludupan rokok dan minuman keras masing-masing mencecah RM1.9 bilion dan RM500 juta.

“Tidak syak lagi, Labuan sebagai pulau bebas cukai ini terdedah kepada penyeludupan. Masalah utama yang membawa kepada kerugian besar adalah penyeludupan skala besar menggunakan kapal kargo, namun terdapat juga bentuk perdagangan haram yang lain.

“Satu daripada faktor yang terus berlakunya penyeludupan ialah permintaan yang meningkat dan pembeli yang tersedia,” katanya.

Timbalan Ketua Pengarah (Bahagaian Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Matrang Suhaili dilaporkan berkata rokok dan minuman keras adalah yang paling kerap diseludup dan negara kehilangan sebanyak RM1.9 bilion setahun akibat kegiatan seludup rokok selain RM500 juta lagi daripada aktiviti penyeludupan minuman keras.

Sementara itu, Che Adnan berkata APMM Labuan telah berjaya melumpuhkan sindiket penyeludupan skala besar yang digunakan kapal kargo sejak penubuhan APMM yang bertanggungjawab menguatkuasa dan melindungi zon maritim Malaysia daripada sebarang unsur jenayah rentas sempadan.– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan