Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

APMM KUDAT TAHAN BOT NELAYAN SALAH GUNA LESEN OPERASI

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KUDAT, 5 Feb : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot pukat tunda di kawasan perairan Kudat kerana disyaki melanggar syarat sah lesen operasi, pagi semalam.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Kudat, Leftenan Komander Maritim, Mohd Hafidz Mohd Tajuddin berkata bot itu ditahan sewaktu anggotanya melakukan rondaan di sekitar perairan Kudat, kurang 10 batu nautika di utara Tanjung Inaruntung, pada pukul 7.15 pagi.

“Pemeriksaan mendapati bot itu membawa enam tong gas, 16 botol serta 51 paket minyak masak, 80 paket tepung gandum dan 2,000 liter minyak diesel. Bot tersebut juga melanggar Akta Perikanan iaitu mengubah suai petak ikan sebagai tempat simpanan minyak diesel,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata lima awak-awak serta juragan berusia lingkungan 31 sehingga 81 tahun dalam bot berkenaan turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Sementara itu Mohd Hafidz mengingatkan nelayan supaya memastikan bot mereka sentiasa mengikut syarat-syarat sah lesen yang dikeluarkan.–BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan