Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

APMM Kudat Tahan 4 Bot Nelayan Langgar Syarat Sah Lesen

7:31pm 24/01/2016 Pak Roshan 95 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kudat menahan empat bot nelayan tempatan kerana melanggar syarat sah
lesen dan merampas kira-kira 500 kilogram pelbagai jenis ikan dalam operasi di perairan Kudat dan Pitas, semalam.

Pegawai Operasi Maritim Kudat, Leftenan Komander Maritim Boon Chin Chau berkata kapal Maritim yang menjalankan operasi kira-kira 9.30 malam mendapati bot nelayan itu sedang melakukan aktiviti penangkapan ikan menggunakan pukat tunda dalam keadaan bergelap.

Pemeriksaan dengan bantuan Sistem Awasan Laut (SWASLA) mendapati bot nelayan terbabit menangkap ikan kurang daripada tiga batu nautika dari pantai yang melanggar syarat sah lesen perikanan, katanya dalam kenyataan hari ini.

Boon berkata empat tekong dan 12 awak-awak termasuk warga Indonesia dan Filipina yang mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah berumur antara 16 hingga 45 tahun turut ditahan.

Bot berkenaan ditunda ke Jeti Awam Kudat bagi pemeriksaaan lanjut dan diserahkan kepada unit siasatan Daerah Maritim Kudat, katanya.

“Semua pengusaha bot diingatkan agar tidak hanya mementingkan keuntungan perniagaan sehingga mencabuli undang-undang negara,” katanya. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan