Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

APMM Kota Kinabalu Tahan Tekong Warga Asing Di Pulau Mengalum

apmm

KOTA KINABALU:  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu menahan seorang tekong warga asing yang menceroboh kawasan larangan memancing di pelantar minyak ERB West di perairan Pulau Mengalum, di sini, Khamis malam.

Ketua Penguatkuasa Maritim Kota Kinabalu Kapten Maritim Zin Azman Md Yunus berkata tekong yang berumur 52 tahun itu ditahan selepas APMM berjaya memintas salah sebuah bot yang berada di sekitar pelantar, pada pukul 9.00 malam.

“Kita percaya bot-bot terbabit keluar dalam jam 7.00 pagi dan akan mengambil masa tiga jam untuk sampai ke perairan Pulau Mengalum sebelum memasuki kawasan pelantar minyak pada waktu malam untuk memancing,” katanya dalam satu kenyataan, di sini Jumaat.

Zin Azman berkata semasa serbuan dijalankan terdapat lebih daripada 15 buah bot kecil berada di bawah dan sekitar pelantar itu untuk memancing pada waktu malam.

Menurutnya, APMM akan menyita semua barang-barang yang berada di dalam bot untuk tujuan siasatan dan kes disiasat di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 dan Akta Imigresen 1959/1963.

Komen


Berita Berkaitan