Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

APMM Kota Kinabalu Tahan Sebuah Bot Guna Bom Ikan

2:02pm 09/11/2016 Pak Roshan 10 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

KOTA KINABALU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu menahan sebuah bot disyaki menangkap dan memiliki ikan menggunakan bahan letupan di kawasan perairan daerah ini, awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Daerah Kota Kinabalu, Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata bot itu ditahan pada 1.05 pagi oleh bot APMM yang melakukan Op Sejahtera di kawasan pantai Kota Kinabalu.

“Ketika operasi itu, anggota peronda APMM telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan. Apabila dihampiri, bot berkenaan cuba melarikan diri, namun berjaya dipintas.

“Hasil pemeriksaan di bot berkenaan mendapati terdapat 300 kilogram ikan pelbagai jenis yang dipercayai diperoleh menggunakan bahan letupan serta satu tong minyak diesel,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata bagaimanapun, awak-awak bot itu berjaya melarikan diri.

Adam berkata sampel ikan berkenaan akan dihantar ke makmal untuk ujian selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985 iaitu melakukan kesalahan menangkap dan memiliki ikan dengan menggunakan bahan letupan serta racun.
— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan