Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

APMM KOTA KINABALU TAHAN KAPAL NELAYAN LANGGAR SYARAT SAH LESEN

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU, 3 Mac : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu menahan sebuah kapal nelayan tempatan di perairan Tanjung Luk Pisuk, Tuaran, semalam selepas disyaki melanggar syarat lesen operasi.

Ketua Penguat kuasa Maritim Kota Kinabalu Kapten Maritim Zin Azman Md Yunus berkata kapal itu ditahan sewaktu anggotanya melakukan rondaan di sekitar perairan antara Usukan dan Pulau Mantanani, jam 11 malam semalam (2 Mac).

“Hasil maklumat awam, kapal berkenaan didapati menangkap ikan di kawasan kurang tiga batu nautika dari pesisir pantai Tanjung Luk Pisuk, Tuaran,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.

Beliau berkata, enam awak-awak warga asing berumur antara 21 hingga 36 tahun yang mempunyai dokumen lengkap ditahan untuk siasatan lanjut.

Kapal nelayan berkenaan turut ditahan, manakala hasil tangkapan seberat tiga tan yang ditemui di dalam kapal itu akan dilelong.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985.

Zin Azman meminta komuniti maritim serta orang awam supaya terus menyalurkan maklumat dan aktiviti mencurigakan di laut kepada APMM.  — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan