Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

APMM Kota Kinabalu Tahan Dua Lelaki Memancing Di Kawasan Larangan

mancingmancing

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu menahan dua lelaki yang disyaki memancing di kawasan larangan di perairan Pulau Mantanani Besar dalam satu operasi pada Ahad.

Ketua Penguat kuasa Maritim Daerah Kota Kinabalau Kapten Maritim Zin Azman Md Yunus berkata operasi 11.30 pagi itu susulan maklumat mengenai aktiviti pegeboman ikan di kawasan berkenaan.

“Semasa kapal APMM menghampiri kawasan terbabit, terdapat lebih daripada 10 buah bot kecil di kawasan itu yang kemudian bertindak melarikan diri apabila dihampiri oleh pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

Bagaimanapun kata beliau pihaknya berjaya memintas sebuah bot pancung yang dinaiki dua lelaki terbabit.

Katanya pemeriksaan mendapati bot yang digunakan oleh dua awak-awak itu tidak berdaftar.

Zin Azman juga berkata pihaknya percaya awak-awak terbabit telah membuang tangkapan dan barangan yang boleh dikaitkan dengan aktiviti pengeboman ikan ke dalam laut sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Komen


Berita Berkaitan