Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,696

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

APMM Kota Kinabalu Tahan Dua Bot Pam Guna Bom Ikan

5:40pm 22/07/2016 Pak Roshan 100 views Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

KOTA KINABALU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu menahan dua bot pam disyaki menangkap dan memiliki ikan menggunakan bahan letupan dan racun di kawasan Pulau Manukan, semalam.

Menurut kenyataan agensi itu hari ini, kedua-dua bot pam itu yang tiada nombor pendaftaran, masing-masing ditahan pada 10.30 malam dan 10.46 malam oleh bot APMM yang melakukan rondaan rutin pemeriksaan di kawasan terbabit.

“Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu melakukan kesalahan menangkap dan memiliki ikan dengan menggunakan bahan letupan serta racun,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, awak-awak bot itu berjaya melarikan diri.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan