Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

APMM Gagalkan Cubaan Seludup 30 Tan Kelapa Sawit Ke Tawau

gambar hiasan
gambar hiasan

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas kira-kira 30 tan kelapa sawit bernilai RM12,000 sekali gus menggagalkan cubaan menyeludup bahan komoditi itu untuk pasaran di daerah ini, Jumaat lepas.

Ketua Penguatkuasa Maritim Tawau, Kapten Anor Jaafar berkata, rampasan buah kelapa sawit dipercayai dari Indonesia itu dilakukan selepas pihaknya memeriksa sebuah bot jongkong di perairan Tawau kira-kira 3.20 petang.

Beliau berkata, bot jongkong berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari arah Sungai Nyamuk, Indonesia ke Tawau, ditahan dan diperiksa lalu menemukan buah kelapa sawit tersebut bersama seorang juragan bot.

“Juragan bot yang juga warga tempatan berumur lingkungan 30-an itu ditahan berikutan gagal menunjukkan dokumen permit membawa buah kelapa sawit, dan buah itu turut dirampas di bawah Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

Komen


Berita Berkaitan