Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

APMM catat rampasan RM2.01 juta setakat Jun

apmm

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya mencatatkan RM2.01 juta nilai rampasan bagi Wilayah Sabah dari Januari sehingga Jun tahun ini.

Ketua Pengarah APMM, Datuk Mohd Amdan Kurish berkata, rokok mendominasi nilai tangkapan paling tertinggi iaitu sebanyak RM1.7 juta diikuti arak (RM181 ribu), gas memasak (RM24 ribu), petrol (RM16 ribu).

Manakala nilai kompaun pula mencatatkan RM12,500, nilai lelongan ikan sebanyak RM8074, minyak masak (RM8,400) dan bagi diesel sebanyak RM4000.

Katanya, sebanyak 165 jumlah tangkapan mengikut pelbagai akta dicatatkan dengan Akta Imigresen paling banyak iaitu 49 kes diikuti Akta Perikanan (39), Ordinan Perkapalan Saudagar (37).

Akta Bekalan 1961 pula mencatatkan 17 kes, Kanun Keseksaan 574 (7), Akta Kastam 1967 (6), Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah (4) dan MITB (2).

Sementara bagi MPOB 2005, Akta Senjata Api 1960, Akta Bahan Letupan 1957 dan Akta Dadah Berbahaya 1952 Ubatan Kosmetik masing-masing mencatatkan satu kes.

Dalam pada itu sebanyak 6480 pemeriksaan telah dilakukan dan 17871 awak-awak telah diperiksa.

Amdan berkata, operasi rondaan dan pemantauan akan dilakukan lebih kerap menjelang musim perayaan bagi mengekang kegiatan penyeludupan barang-barang subsidi atau kawalan.

“Kita punyai pengawasan yang ketat dan tambah pengawasan di sempadan untuk memastikan perairan di kawasan sempadan selamat dan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang dapat dikekang sepenuhnya,’’ katanya.

Komen


Berita Berkaitan